Followers

Saturday, December 15, 2012

Tips dan Cara Atasi Masalah Bayi Selsema atau Hidung Tersumbat

Assalamualaikum


Masa baby dulu, Firas memang kerap kena selsema. Mula la mengamuk sakan kalau hidung tersumbat atau terlalu banyak hingus. Bukan nak kata Firas la, kita yang dewasa ni pun tentu rasa tak selesa kan. Apa tah lagi baby yg tak reti nak cakap apa2 tu. Kalau anak tengah selsema, bila diberi susu pun dia akan nanges tu maknanya hidung dia tersumbat. memang tak leh nak hisap susu, sebab tu la baby meragam.

Dari pembacaan cikgu ada beberapa cara nak settlekan masalah ni, antaranya ialah............

1- mandikan baby dengan air suam supaya hingus dapat mengalir keluar. So hidung dah tak blocking la

2-Lepas tu, kalau nampak hingus tu dah mengalir keluar,  sedut hingus anak tu pakai penyedut yg mcm dlm gambar ni. Setakat yg duk tengok tu, hanya brand Pigeon ada penyedut yg macam ni. Ini pun doktor yg rekemen. Dia kata yg macam ni lagi bagus dari yg picit tu.


 Penyedut hingus brand Pigeon



Cara nak guna penyedut ni sama macam korang sedut hingus anak secara direct. Cumanya yg ni lagi mudah dan kurang menjijikkan. Letak muncung yang bersambung dengan botol tu kat hidung baby. Lepas tu korang sedutlah hingus anak korang tu guna tiub yg hujung satu lagi tu. Selalunya baby takkan selesa bila hingus diaorang disedut. Memang kena sabar sikit la. Selalunya cikgu terpaksa mintak tolong asben pegangkan tangan dan kepala firas. Pastu sedut ler pelan2. Kalau tak keluar jugak, baru sedut kuat sikit. Nanti korang akan puas hati tengok hingus yg berkumpul kat dalam bekas tu muahahahaha................tapi kekadang tu tak der pun. Jangan kecewa! mungkin hingus tu melekat kat dalam muncung penyedut tu hehehe.

3- Bila dah sedut hingus tu, selalunya anak akan lega skit. Nanti sapu lah minyak kayu putih kat baju anak. Minyak kayu putih tu baunya kuat. So dikatakan membolehkan membuka pernafasan baby. Atau boleh juga disapu dengan vicks. Opssss jangan sapu vicks orang dewasa plak. Beli hak kaler pink, khas untuk kanak2 dan bayi.

4- Kalau rumah korang pakai aircond, kasi tutuplah sekejap sehingga keadaan anak korang dah ok.

5-Bagi baby yg dah 6 bulan ke atas elok la bagi dia minum air masak. Tapi kalau masih menyusu badan, kerapkan menyusu. Susu ibukan bagus :)

Kalau anak korang demam dengan suhu tinggi, jangan pakaikan baju tebal2. Buh baju nipis2 untuk kurangkan suhu badan dia. Ini pun paed yg bagitahu kat cikgu. Dulu tiap kali demam jer, cikgu pakaikan sweater dan stokin kat firas. Patutla suhu badan dia tak turun2.

Ok itu jer nak share..............bbye

11 comments:

Umialya said...

banyak produk terkini yang menyenang & memudahkan kita.. tk atas pengkongsian ini

syafisyifa' said...

Comelnya alat tu...insyaallah bebila leh cari/beli..
Slalunya pudin yg selamba isap idong ank dgn mulut kalau anak2 selsema...pejah xpnh wat lg huhu...

syafisyifa' said...

...cuma risikonya bakteria mmg berpindah kat paknya lah hihi...

kurus said...

tq perkongsian nie dik
soo far akak x pernah alami masalah macam nie ..

Unknown said...

anak2 selsema mmg kecian ..baguslah kalau ada alat yg boleh membantu

CeqGu said...

umialya: sama2 :)

pejah : kak long pun tak pernah buat, tak reti. Pakai alat ni mudah sikit.....murah ja harganya.

CeqGu said...

izan: alat ni mmg membantu, tapi kena sabar skit, selalu baby akan marah bila nak sedut hingus diaorang. tak selesa agaknya

IntaNBerliaN said...

akak, penyedut camni, kat mana nak beli yer?.. dekat tesco yg bhagian baby tu ada x ek?

CeqGu said...

ina : rasa2 akak kat mana2 bahagian baby di pasaraya pun ada jual asalkan brand Pigeon

mummyrinazone beauty said...

kak nurul follow..eh lupa asmekum=)nak tgk entri penyedut ingusnie..tq share kay nak g carik gak=)

CeqGu said...

nurul: wsalam....cari la nurul, memang benda ni bagus.pssttt akak pun dah follow nurul :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...