Followers

Thursday, December 20, 2012

Kesilapan Dalam Solat Yang Kita Tak Sedar

Assalamualaikum


Malam semalam cikgu tengok program Tanyalah Ustaz kat TV 9 tajuk Kesilapan Dalam Solat. Sayang sungguh waktu bukak tu rancangan tu dah nak habis. Cikgu sempat dengar satu jer kesilapan yang disebut oleh ustaz (lupa pulak namanya). Walau pun hanya sempat dengar satu jer, rasanya sangat perlu di share kan kat sini sebab cikgu yakin ramai di antara kita tak perasan atau tak sedar yg kita mungkin dah buat silap.

Rasanya ramai yg tahu. Tak perlah nak share jugak. Perasan tak dalam bacaan tahiyat ada yang baca 'Saidina Muhammad'. Kalau ada yg baca cenggitu, lepas ni tukarkan sebutan 'Saidina Muhammad' tu kepada 'Sayyidina Muhammad'. Sayyidina tu baru betul sebab perkataan asalnya adalah 'sayyidun' (eceh macam nak ajar bahasa arab plak kikiki)......Saidina tu bukan ker macam nama sejenis permainan?

Nampak cam benda remeh jer kan, tapi kesilapan yg kecik ni boleh menyebabkan solat kita kurang sempurna. Jom pakat2 perbetulkan apa yang terkurang dan tersilap ^_^

Psssssttttt...............result PMR dah kuar kan, sape2 yg anaknya/adiknya/sedara maranya/ dirinya sendiri yg dapat result cemerlang tu cikgu ucapkan alfun mabruk.....tahniahhh. Yang kurang cemerlang pun tahniah jugak sebab kalian dah pun berusaha gigih cuma rezeki je belum menyebelahi kalian. Jgn give up ! Teruskan berusaha..!
Orang yg BERJAYA tu kebanyakkannya bermula dari KEGAGALAN tau.... ^_^

1 comment:

syafisyifa' said...

Terima kasih atas perkongsian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...