Followers

Friday, November 30, 2012

Seharian Cuti Mata dan Main-main Dengan Firas

Kelmarin dari pagi sampai la ke petang cikgu bawak firas tengok dunia luar. Kesian pulak kat anak bujang cikgu tu asyik terperap dalam rumah. Kalau bawak ke luar kawasan rumah pun tak ada apa yang menarik..........last2 sekali anak bujang tu masuk longkang, main2 kat situ..... kesiannnn

pagi-pagi lagi kami dah keluar ikut ayah firas pi ofis. sebelum kami berdua memulakan aktiviti meronggeng, kami lepak dulu kat surau di bangunan ofis ayah firas. pukul 9 pagi, ayah firas ajak pi breakfast. Dekat jer dengan ofis.....jalan kaki tak sempat nak berpeluh pun. Dah habis makan, ayah firas balik semula ke ofis, cikgu n firas pulak melenggang kangkung ke KFCee.........pada hal baru jer lepas makan kan, singgah lagi kat restoran segera .................alkisahnya firas langsung tak nak makan, so cikgu pun plan nak beli porridge kat KFcee. Selalunya firas suka dgn porridge. Dan sebab paling UTAMA ialah kerana kat situ ada tempat menan. Firas sangat ler suka kalau dapat main kat situ. Dah la orang tak ramai, so agak mudah ler firas nak main2. Lama jugak la bertapa kat KFCee tu, hampir dua jam kalau tak silap. Suka bebenor si hero kecik tu main slide. Maklum ler orang dah berani panjat tangga n turun slide sendiri. Mama tengok dari jauh jer. Kekadang pi suap firas makan. waduhhh kok macam bibik dibuatnya mama ni.................itu pun siap lari lari keliling lagi........capekkkk gue.

pukul 11 pagi akhirnya cikgu berjaya pujuk firas berenti main. Nak tau sebab apa? sebab semua budak2 lain dah balik. so dia dah tak der kawan nak main.......terus dia pulak yang ajak cikgu keluar..........jommmmmmmmmm katanya sambil berlari ke pintu kaca KFCee.........nak tolak sendiri tak larat la pulak hehehe.............sudahnya mama jugak yg buka kan pintu untuk firas. Lepas tu firas teman mama cuci mata kat Pasaraya Hua Ho........sebelah jer dengan KFCee............letak firas dalam stroller cap ayam, maka bermula la episod cuci mata hehehe...........kat level bawah ada pakaian dan barang2 orang dewasa......borringggg......(yer ker???? ;p)............. cikgu berkira kira nak jamu mata kat bahagian kanak2..............tapi kat situ tak der plak lif...........last2 memberanikan diri tolak stroller naik esculator..........elok nak jejak lantai, stroller tersangkut pulak dah gara2 cikgu tak tolak stroller kuat2. nasib baik la stroller cap ayam tu ada penghadang kat depan. kalau tak mau firas jatuh tertonggeng ke lantai......berderau gak darah masa ni ............silap aribulan dengan mama nya sekali jatuh tergolek.............kusss semangat.............

sebelum start menilik, cikgu bagi firas sebijik bola supaya dia duk diam2 dalam stroller. kiranya cikgu  pinjam dengan pasaraya tu la hik hik hik, memang tak der niat nak beli pon hohoho.......menarik jugak barang2 menan kat sini..........dah la tengah ada sale.........besttt bestttt..............opsssssssss memang mama firas lebih teruja ye tuan puan. firas tak layan pun.............cuma dia suka dengan basikal roda tiga jer. elok nampak kelibat beskal tu............dia dah tak peduli dengan bola pinjam tu, sibuk duk sebut 'awakk.....awakkk'..........maksudnya mama silalah angkat anak mu ini. entah mcm mana boleh dia gunakan istilah tu tiap kali nak suruh angkat dia. cikgu layan kan ajer sebab dia mula terjerit2 macam kena cubit. lepas tu kemain laju dia pi naik beskal..........dia memang suka betul dengan beskal, tapi apakan daya ayahanda mu masih buat2 tak paham walau mama dah bagi hint. mungkin juga sbb menan firas dah banyak kot....udah ler banyak tapi satu pun dia tak nak main. elok2 dia tengah try naik beskal, cikgu baru perasan satu signboard tertera "Di larang bermain".............. aiseyyyy maka berlakon la cikgu dengan firas ala-ala orang nak beli beskal keh keh keh.

Lama jugak kat tempat menan tu. Pastu kami pi kat kawasan baju. sempat la rembat dua pasang baju Mickeyto (mickey mouse) kesukaan firas................ lepas tu kami berdezupppp untuk lunch dgn ayah firas. dah kenyang perut, en suami hantar pi Gadong Mall pulak. Cuci mata lagi kikiki.......selesai solat kat surau, cikgu bawak firas ke tempat hiburan kanak2 (lupo la pulak nama tempat tu kid apa ntah). stay kat situ dua jam. ingatkan firas tak suka sbbnya waktu masuk ke tempat tu dia asyik sebut 'kakut'....'kakut' (takut)........... rupanya dia takut tengok mainan yang bergerak2 tu......ish tak macho betul la hero mama ni..........cikgu bawak firas ke tempat yg banyak bola..............wahhh suka tak hengat la.................tapi dia tak agresif macam budak lain................dia duduk jer kat dalam timbunan bola2 tu sambil perati budak2 lain main. cikgu tak puas hati, cikgu suruh dia main panjat2..............'kakut'......'kakut'..........itu jer lah yg dia duk sebut.........tak leh jadi ni, budak pompuan lagi kecik dari firas pun kemain lagi panjat benda alah tu.........mama firas plak tercabar. cikgu baling2 bola tu supaya berkumpul kat atas benda tu......pelan pelan firas panjat, time nak turun tu ntah macam mana dia tergelongsor.......ingatkan nak nanges, rupanya dia syiokkk pulak dah........baru ler dia berani panjat..................dalam duk kakut kakut tu.................jenuh ajak balik dia tak nak la pulakkkk..............kalau lebih masa, maka kena la tambah lagi duitnya...........ish tak kuasa dah cikgu nak duk situ ..............tunggu n main2 dgn firas dua jam kat dalam tu pun kepala jadi pusing........tak mungkin ler nak lelama lagi kat situ.

setelah pujuk rayu dan umpan ayam goreng tak beraya. akhirnya terpaksa la cikgu guna kuasa veto. apa lagi dukung n terus keluar. memang meraung meronta ronta la si kecik tu.......................tapi tak per, sekejap jer.................lepas tu dia tido setido tidonya. Lepas Maghrib baru ler ayah firas datang amik kami yg dah lembik. Letih sangat2..............kononnya lepas tu nak pi makan kat restoran. huiii kansel di saat akhir gara2 cikgu dah tak larat.............nak celik mata pun dah tak boleh, apa tah lagi nak bukak mulut. terpaksa la en suami tapau dua bungkus nasi katok (nasi brunei - ayam goreng, nasi putih dan sambal tumis)...............sampai rumah firas lena selena lenanya, mama dia pun sama...............sedar2 dah pukul 1 pagi..................time tu baru teringat nasi katok belum disentuh. makanya makan malam cikgu semalam adalah pukul 1.30 pg......................
-THE END-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...