Followers

Saturday, December 10, 2011

Tips Merancang Ruang Dapur..Di Mana Harus Mulakan?

Assalamualaikum..

Boring plak malam ni...
en asben ada dinner...pn isteri lepak2 kat rumah je....
picit2 remote astro...tak de plak citer best..balik2 citer Walking Dead...
ishhh tak gemor ler cikgu cite tu...nak layan cite korea...
tak de plak cite yg menarik malam ni...firas dah selamat tido....hmmmm...moh ler kita berbelog hehehe...

ada tak sesapa yg tengah tanam angan2 nak reno dapur? 
Ada! Ada!....sape tuuu...cikgu ler kui kui kui....
tadi duk tgh cari cari info...terjumpa plak tips merancang ruang dapur....
jom kita baca....

Usaha merancang dan membentuk ruang dapur menjadi lebih mudah jika anda melakukannya dengan tertib. Pada masa yang sama, anda juga perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang boleh membantutkan perancangan seperti pengubahsuaian mengambil masa lebih daripada sepatutnya, bahan dan kemasan yang dikehendaki sukar ditemu di pasaran, kos perbelanjaan melebihi belanjawan. Jesteru itu, penting bagi anda:

  • Merangka kedudukan dan pelan lantai.
  • Melengkapi unsur pencahayaan dan pengudaraan yang berkesan.
  • Memastikan langkah keselamatan pada yang terbaik.
  • Mengambil kira pembinaan atau kerja meroboh dinding diikuti pemilihan jenis atap yang sesuai. Jika behajat memasang panel lantai kayu, sebaiknya lindungi lantai itu dengan bahan antikulat dan pemeluwapan.
  • Menentukan pemasangan pintu dan tingkap.
  • Memberikan perhatian terhadap pengubahsuaian sistem saluran paip dan pendawaian elektrik.
  • Memasang meja kerja dan penyediaan termasuk sinki.
  • Menetapkan jenis kemasan dinding (adakalanya kemasan dinding perlu dipasang sebelum pembinaan kabinet).
sumber : http://emesengineering.blogspot.com

2 comments:

syafisyifa' said...

amboi2 awat tak join dinner skali nn bang syed?hihi
wah bersemanat nampaknya gebang pasal rumah.bagus2 leh kami wat rujukan.mekasih byk2

CeqGu said...

orang tak ajakkkk huhu...bersemangat ler sbb ada plan nak reno umah cikit2 hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...