Followers

Tuesday, May 24, 2011

Checklist 50 Hari

hari ni firas genap 50 hari di luar perut cikgu...setakat ni firas....

# dah pandai senyum dan gelak...gelak tu kadang je....senyum tu sangat kerap tapi sayangnya time mata dah kuyu nak tido

# makin kuat menyusu...susu ibu tak cukup terpaksa top up dgn susu mak lembu...memula beli susu mak lembu brand snow...tak sesuai....sekarang try anmum...nampak cam ok

# sangat susah tidur malam...selalunya jam 2-3 pg baru lena....sementara nak tidur menangis meraung sampai berpeluh ketiak la nak memujuknya

# baju saiz s hampir dah tak muat.... stokin saiz new born pun dah tak muat..

#  kaki kecik comel tu makin kuat menendang...time mama sibuk membedak pipi montel firas,kaki kecik tu sibuk menendang mama...naughty betul..

# rambut yang dicukur 1 may aritu dah start tumbuh balik...dah nampak hitam2 kat kepala yg licin tu

# kalau nangis sebab lapar or mengantuk, suara tu mesti tahap maksimum

# tak tahan basah....sekarang dah mula cerewet...baru kencing skit je dah nangis...kalau dulu diaper dah berat dengan air kencing pun firas tak heran

huh menyampah betul...!!! dah berkali kali try upload gambar...tapi semua kene reject dengan server...dengki la tuh..huh!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...